Mengikut Akta Kaunselor 1998, kaunseling
merupakan satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan
prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut
kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian
holistik yang baik dan sukarela dalam diri klien supaya perubahan, kemajuan dan
penyesuaian itu akan berterusan sepanjanag hayat klien.
Arthur
Jones (1977) memberi maksud : “Counselling
is process of aiding an individual to solve his problems through the medium of
the interview.” (Kaunseling adalah suatu proses membantu individu untuk
memecahkan masalah-masalahnya dengan cara interview).
I. Jumhur dan Moh. Surya (1975) menyatakan:
“Kaunseling merupakan salah satu teknik pelayanan dalam bimbingan secara
keseluruhan, iaitu dengan memberikan bantuan secara individual (face to face relationship).”
W. S. Winkel SJ (1978) memberikan batasan
“…….kaunseling merupakan suatu saluran bagi pemberian bimbingan. Dalam rangka
kaunseling terdapat diskusi / pembicaraan antara seorang penyuluh (counsellor) dengan satu orang (individual counselling) atau dengan
beberapa orang sekaligus (group
counselling).”
Menurut Blocher (Shertzer & Stone, 1974)
kaunseling adalah proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna
terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan atau penjelasan
matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa depan.
Burks
dan Stefflre (George & Cristiani, 1990) mendefinisikan: Kaunseling
melambangkan satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang
terlatih dengan seorang klien.
Perhubungan ini kadangkala melibatkan lebih daripada dua individu. Ianya
bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap ruang
kehidupan, dan belajar mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui
pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang
berbentuk emosional atau antara individu.
Krumboltz
(George & Cristiani, 1990) pula mengatakan, kaunseling merangkumi
aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha
membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah laku yang akan
menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.
Kesimpulan
yang dapat dibuat berdasarkan pada definisi-definisi yang telah dikemukakan,
kaunseling merupakan suatu proses pertolongan yang profesional yang bertujuan
membantu individu memahami dirinya dan alam sekeliling. Seseorang perlu memahami
dirinya terlebih dahulu sebelum memahami diri orang lain.
Semoga dengan sedikit pengenalan mengenai kaunseling ini anda telah mendapat ilmu yang bermanfaat.. ;)
No comments:
Post a Comment