Thursday, 28 November 2013

Hari-hari yang mengujakan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Bersua kembali...


yummm.. kenyangnya... 
 
Nampak tak gambar di atas... hari ini saya ingin berkongsi mengenai program yang telah saya sertai. program ini merupakan program pembangunan sahsiah yang dikendalikan oleh En. Aziz Yatim, yang merupakan pensyarah saya  dalam kursus Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah.
 

tekunnya mendengar ceramah...
Tujuan sebenar saya menyertai program ini kerana ingin menimba ilmu mengenai cara mengendalikan kumpulan apabila menguruskan program. Selain merasai sendiri program yang di kendalikan oleh En. Aziz. Saya seronok dan mendapat pelbagai ilmu baru sepanjang menyertai program yang dijalankan. Antaranya ialah semangat berpasukan dan mengenali individu-individu baru selain dapat mengenali diri sendiri apabila diberikan tugas dan cara saya dan ahli kumpulan menyelesaikan tugasan tersebut.
Setakat ini dahulu saya kongsikan cerita saya.... Nantikanlah cerita terbaru saya yang mungkin lebih menarik dan memberi manfaat kepada anda semua.. :)

Apa itu Kaunseling

Mesti ada dalam kalangan pembaca sekalian masih belum tahu mengenai apa itu kaunseling bukan.?Mari saya ceritakannya secara ringkas......
  
Mengikut Akta Kaunselor 1998, kaunseling merupakan satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian holistik yang baik dan sukarela dalam diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjanag hayat klien.
            Arthur Jones (1977) memberi maksud : “Counselling is process of aiding an individual to solve his problems through the medium of the interview.” (Kaunseling adalah suatu proses membantu individu untuk memecahkan masalah-masalahnya dengan cara interview).
I. Jumhur dan Moh. Surya (1975) menyatakan: “Kaunseling merupakan salah satu teknik pelayanan dalam bimbingan secara keseluruhan, iaitu dengan memberikan bantuan secara individual (face to face relationship).”
W. S. Winkel SJ (1978) memberikan batasan “…….kaunseling merupakan suatu saluran bagi pemberian bimbingan. Dalam rangka kaunseling terdapat diskusi / pembicaraan antara seorang penyuluh (counsellor) dengan satu orang (individual counselling) atau dengan beberapa orang sekaligus (group counselling).”
Menurut Blocher (Shertzer & Stone, 1974) kaunseling adalah proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa depan.
            Burks dan Stefflre (George & Cristiani, 1990) mendefinisikan: Kaunseling melambangkan satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang terlatih  dengan seorang klien. Perhubungan ini kadangkala melibatkan lebih daripada dua individu. Ianya bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap ruang kehidupan, dan belajar mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.
            Krumboltz (George & Cristiani, 1990) pula mengatakan, kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah laku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.
            Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan pada definisi-definisi yang telah dikemukakan, kaunseling merupakan suatu proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekeliling. Seseorang perlu memahami dirinya terlebih dahulu sebelum memahami diri orang lain.
Semoga dengan sedikit pengenalan mengenai kaunseling ini anda telah mendapat ilmu yang bermanfaat.. ;)